08 February 2011

LuPA kAn DIE?????????

melupakan adalah satu perkara yang perit bagi seseorang..kita hanya manusia biasa dan ciptaan makhluk yang paling hebat...kita juga diberikan satu rasa dan perasaan yang ramai orang bercerita tentang nya tetapi hanya segelintir yang bertemu dengannya...rasa dan perasaan itu adalah CINTA...ramai yang jumpa tapi hanya segelintir yang berjaya cinta mereka...aku???aku sudah berjumpa dengan cinta ku,tapi apa yang telah aku lakukan..aku telah membawa ego ku yang teramat tinggi sehingga kan si dia mengganggap aku tidak punya perasaan dan menganggap aku telah mnyeksa jiwa nya...pada hakikatnya,dia yang tidak boleh menerima bahawa aku tidak boleh suka malah cinta kan dia...hari demi hari,aku mula mengenalinya..walaupun dia suke membuat andaian yang bukan-bukan..tetapi dia tidak pernah berhenti untuk mengambil hati ku...sungguh begitu cinta nya dia pada aku...seribu kali sayang,aku jatuh cinta padanya di saat dia sudah terputus harapan untuk mengambil hati aku..hati ku pilu,perih hingga menusuk hati aku..

berhari2 aku cuba menutup kesedihan yang membuat hatiku terlalu pilu..malah berbulan aku menangis..namun ada hakikat yang harus aku terima dia tidak akan kembali lagi dalam hidup aku...semakin hari semakin kuat rindu itu...di kala kerinduan yang bertaut, ada seseorang yang cuba mengetuk hati ku..dia menyatakan kesenangan nya bersama dengan ku..tapi tahu kah dia tentang dilema yang ku lalui selama ini kerana terkenangkan insan yang telah lama pergi dari hidup aku???

kami berkawan dan akhirnya,rapat,,aku masih mencintai insan yang lama...tapi aku cuba memendam dilubuk hati yang teramat dalam...akhirnya,dia menyatakan hasratnya..dan aku terpaku dan pasrah..dia cuba mengetahui kelukaan yang aku telah baluti selama setahun..tanpa segan silu aku menyatakan kerana bagiku sampai bila harus memendamnya..
dia memberikan 1 saranan yang aku tidak terfikir untuk itu..
   'lupakan dia'
wow,dasyat sungguh...aku tidak mampu lupakan dia..tetapi aku harus,sampai bila aku harus begini menanggung kesediahan seornag diri...dia tahu akan derita hati ku..lalu,dia menyatakan hasratnya untuk menjadi kekasih ku...aku terpana dan tidak pernah terfikir akan itu..sungguh tidak sangka..terkejut!!!!

tatkala  kekejutan itu menyelubungi hati aku..timbul satu persoalan,mampukah die???aku tidak mahu lukakan dia kerana dia lah kawanku dan sahabatku..dia memahami aku..mengerti perasaan aku walaupun kadangkala aku memarahinya dia sanggup bersabar..aku memintanya sedikit waktu untuk memikirkannya...
berhari-hari aku cuba mencari kata yang sesuai..akhirnya,aku membuat keputusan... ya,aku harus lupakan dia!!walau apapun yang terjadi...mungkin insan yang dulu punya cinta yang baru,dan tidak akan kembali..lalu,aku menyatakan keputusan ku...jelas sungguh riak wajahnya yang gembira..aku merasa kebahagiaan yang ada di hatinya,tapi hatiku kembali pilu...aku kembali memikirkan keputusan ku...
'boleh kah aku melupakan insan lama,tak pe la..aku cuba'...tidak kusangka kebahagiaan itu membuat aku sentiasa tersenyum...dan hatiku bebas dari cengkaman kerinduan akan kekasih lama..

kini dialah yang ku cinta dan sayang,aku tidak akan berpaling..dia cinta dan anugerah buatku...semoga cinta kami mekar mewangi..