27 August 2011

AdaKah Ini yANg KiTa RasA sEbENarNYa


assalamualaikum..
hari ni aku terbaca satu blog ni,so, aku tergerak untuk share..
aku rasa dari sini kita boleh nilai ape yang ada dalam hati kita..
sory,sebab copy tapi ini cukup membantu..
Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.
Kasih..
Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.
Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.
Sayang..
Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.
Cinta..
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.
Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.
SUMBER : http://alongwairnazz.wordpress.com/

26 August 2011

soRaKaN

assalamualaikum..
how are you everybody,is it good???
hari ni, aku nak tunjukkan cheer yang kiteorg wat kat malam kebudayaan...
masa tu aku masih lagi duduk kolej tun fatimah tapi sekarang da pindah...
sedih3...T_T
waktu dulu aku ada bagi lirik die,sekarang ni video da di upload oleh senior aku...
so tugas aku lak untuk berkongsi cheer kiteorang..
tapi aku tak de dalam tu sebab aku ni...
pemalu orangnya...(pemalu ke???)
video tu ade 4 cheer baru..
tapi ade part yang agak memalukan la..
kalau nak tahu cuba la tengok...



akhirnya,siap gak upload...
selamat menonton..

21 August 2011

ApE????

assalamualaikum...
apa khabar???dah lama tak tulis pape kat blog ni...
di kesempatan ni aku cuma rasa nak luahkan something ni...perkara yang common bagi blog ni...
iaitu akmal faiz...ari tu,aku tengok die...tangan die patah...memang la sayu hati aku..tapi entah la rasa rindu tu datang balik bersama dengan perasaan cinta aku...
aku memang bodoh sebab suka pada orang yang tak patut aku suka..
mungkin padah aku tak jaga mata dan hati aku..tak lupa jugak..perasaan cinta aku..

bila tengok je, die patah tangan memang rasa risau,..risau dengan ape punca tangan die patah...
memang betul,cinta memang buta, sebuta hati yang gelap lagi kelam..

atas nama cinta...
adakah aku cinta??
adakah aku sayang??
atau sekadat permainan perasaan jiwa??
aaarrrgghhhh,aku masih belajar kot...akmal faiz cukup memberi kesan kepada jiwa aku..
tak ku nafikan,dia memang ade rupa seperti jejaka idaman..mungkin la...

ha!!!!!aku terlupa satu perkara...perkara yang menggugat jiwa aku...
aku jumpa muka yang serupa dengan die...
dari A sampai Z...tak berubah,cuma senyuman die tak macam akmal faiz,cuma seakan je kot...
memang rasa rindu  tapi aku tahu sampai bila kot...
aku jadi takut bila jumpa mamat yang macam moshi...
amat takut dengan perasaan aku...

Dah la kot,dengan pae yang aku cakap ni..
banyak da yang aku melalut taw..
raya tahun ni???aku rasa macam tak de erti..
rasa kosong..bukan sebab cinta or die???
tapi aku tahu aku perlu kawan yang betul2 memhami yang boleh mengisi jiwa aku..
yang boleh buat aku lupa pasal akmal faiz..
boleh buat aku hilangkan perasaan ini..
tahun ni,tema baju group adalah wane pink + gold..
so,wat masa sekarang ni aku masih tak jumpa lagi..
harap raya tahun ni,bagi sinar walaupun hati perlu die...
wassalam