09 September 2012

HAKIKAT KESUNYIAN

assalamualaikum...

ape khabar??terasa macam dah lama je, aku tak taip blog ni..
untuk kali ni, aku nak bawak ke dalam hati aku..
hakikat yang aku rasa selama ni dan aku biarkan je..

dulu, aku jumpa dia dan terus cintakan dia untuk kali pertama dalam hidup aku..
jumpa seminggu sekali..itu lah dating aku untuk waktu itu..hanya di pusat tusyen KASTURI...
tapi itu semua dah berlalu...aku terus bawak perasaan aku..berharap supaya perasaan itu akan terus tetap di hati aku..sebab bukan mudah untuk aku jatuh cinta sebegini rupa..

sunyi??ape itu sunyi??
dulu, masa aku pra- diploma..kawan aku cakap sendiri kata kat aku..
"QILA, KAU SEBENARNYA SUNYI!!TERIMALAH!!!"
aku mapu senyum dan pergi..akhirnya aku menangis sendiri..aku masih ada ALLAH disisi aku..
kerana dia, bila aku rindu aku akan ingat pada dia..supaya jaga dia..
sehinggalah sekarang..dia sentiasa ada dalam doa aku..

sampai sekarang aku tak boleh terima hakikat yang aku sunyi..bukan senang untuk kita dalam keadaan perasaan syok sendiri..untuk terima,yang kau takkan jumpa dia lagi..
sehinggalah suatu perkara yang berlaku pada keluarga aku pada saat ini..
kesempitan hidup..konflik..tekanan yang kalau diri sendiri tak matang..boleh jadi gila..
masa ni lah, aku mencari apa yang aku biasa cari..ALLAH..
berharap agar ini akan reda..
tapi aku juga manusia..
aku juga nak luahkan pada sesama manusia..aku perlukan kekuatan yang memegang aku..
masa ni, kenangan lama..cinta lama..cinta pandang pertama aku..

aku berharap, kalau la dia ada di sisi aku..
kalau la dia jadi kawan aku..kalau lah dia boleh ada disisi aku..hanya untuk saat ini...
melihat dia senyum dia cukup untuk aku..hanya senyuman di depan ku..hanya untuk aku...
bagi aku semangat untuk ujian ini..orang semua tengok aku happy dan dengar aku cakap..
"TAK APA, AKU OK JE"
"AKU DAH REDHA KAN, RELAX LA"
"AKU SABAR JE, MYBE SEMUA NI AKAN BERAKHIR"

tapi hakikat dalam hati aku, bila orang buat macam tu adalah 1..
"TERLUKA"
bila dah sakit, aku akan cari seseorang untuk luahkan..tapi siapa yang nak dengar..
jadi, hanya menatap gambar dia je..itu je, yang buat aku sabar dan tenang..

senyuman dia yang mampu buat aku tenang..tapi bila tengok kawan dia yang ada di sekeliling aku..buat aku rasa untuk patut ke aku biarkan semua ni..biarkan ia dalam hati..aku tahu, 1 hari nanti pasti akan terbongkar..samapai bila untuk aku simpan..dan sampai bila untuk aku terus berpura-pura..
kata yang,
"AKU TAK KENAL DIA, AKU JUMPA GAMBAR NI..AKU RASA COMEL, AKU AMBIK LAH"
OR
"AKU RASA RINDU WEHH, AKU TAK MAMPU JUMPA DIA LAGI,TAK SALAHKAN KALAU AKU AMIK 1 GAMBAR DIA.. DAN TENGOK FB DIA BEBERAPA KALI SEMINGGU UNTUK TAHU KEADAAN DIA(jawapan untuk kawan aku)"

nampak sangat terdesak,,huhhh..
 tak ape lah,.aishhh, aku ni..
tengok,dah layan perasaan dahhh..aku ni..macam dah lari topik je..ialah lagu jiwang dengan post jiwang..
satu je yang aku mampu kata...
ok2...aku nak stop dari layan perasaan macam ni..macam aku ni tak cukup iman la pulak...
assalamualaikum...

24 August 2012

Selamat HARI Raya

assalamualaikum..

ape khabar??
di sempena hari raya ni..aku nak wishh..selamat hari raya..
semua orang mesti sibuk sangat nak beraya...bagi yang raya sakan tu beringat lah pada orang lain ye..jangan lupa..dan sesekali lupa..
mesti baju raya macam-macam warna..
ade merah, biru, hijau la..bagai-bagai ada..

bagi family aku,tahun ni..warna kelabu je..biasanya tiap-tiap tahun biru..so tahun ni tukar taste..
bagi yang menikmati terus kan..bagi yang tak macam aku or tak feeling apa-apa..teruskan wat tak tahu je pasal raya tahun ni..

tahun ni or setiap tahun yang ada perkataan raya mesti kampung aku akan buat marhaban..tahun ni,aku pergi  belah belakang kampung aku sampai ke tengah je..yang belah tengah ke depan tu aku malas..
nampak tak betapa aku tak rai raya tahun ni...bagi kampung lain yang berketurunan jawa..mesti ada marahaban or dieorang panggil bara'an..cuma ramai tak ramai je..
kalau nak tahu..1 kampung tu, semua sedara aku..cuma 2 0r 3 je yang bukan..ramai tak...heheeh..walaupun, 1 kampung tu semua sedara aku..kiteorang just beraya rumah dieorang melalui marhaban je...tak personal ke rumah tu sebab banyak rumah..penat wooo...

apa-apa pun..korang nikmati la raya korang selagi termampu,k..
assalamualaikum

07 August 2012

RAMADHAN aku...

ASSALAMUALAIKUM...
ape khabar??harap sumua orang sihat dan masih berpuasa sampai hari ni..bagi yang ABC..nikmatilah cuti anda tapi jangan lupa lak bayar erk???jangan wat lupa lak..

sepanjang aku hidup 19 tahun,aku rasa 19 kali hidup di bulan ramadhan...masa aku kecik dulu dan sekarang..aku ingat lagi..masa first sekali aku puasa,masa tu umur aku 8 tahun kot..aku rasa penat sangat.waktu tu dah petang..aku balik lah rumah..aku tak tahu napa aku pegi ketuk pintu tapi tak de orang..lama-lama aku fikir..baru aku ingat mak aku hilang..ayah aku pun tak de kat rumah..aku pegi menangis sampai kat jiran sebelah..aku pegi rumah jiran sebelah..aku cakap mak tinggalkan aku..aku ingat lagi ayat yang aku cakap kat jiran aku..

'cik liza,mak kita tinggalkan kita..mak kita taknak kita..mana mak kita???mak tak sayang kita??"

aku tal tahu kenapa ayat tu boleh kuar..mybe sebab aku dapat adik baru..nama dia azam..aku rasa tersisih kot..ye lah,aku sorang je perempuan dalam family aku..
makcik jiran aku pun,nak bagi aku tak menangis..die bawak aku ronda-ronda jalan kawasan perumahan aku..lepas jalan-jalan aku tak ingat ape aku buat tiba-tiba aku sampai kat rumah makcik yang jual maruku..rupanya mak aku kat situ..aku pegi peluk mak aku..dengan tangisan..melalak bagai..itulah peristiwa yang aku paling tak boleh lupa untuk ramadhan pertama aku..

lama-lama tu aku pun ok la..puasa..ade sekali tu aku puasa..gara-gara tak tahan aku pegi minum air paip..sebab terlalu haus sangat..
lepastu,peristiwa masa aku darjah 4..aku main dengan adik aku..ala,dalam pukul 4 macam tu..masa tu,tak silap aku..aku ternampak budak laki jiran sebelah..aku rasa sangat la takot..budak jiran sebelah tu budak kelas aku...gara-gara aku berlari..muka aku terkne tepi pintu..mulut aku pun berdarah..aku menangis melalak semua..mak aku cakap dah pegi makan sana..sakit-sakit tu mak aku bagi aku makan nasi dengan telur kicap..nikmat taww...

makin lama,ramadhan aku menjadi lebih tabah..takde la bukak puasa ni lagi..or curi minum or makan..
tapi,sebelum aku masuk U,aku selalu buat kuih cara..bukan kuih raya..sebab rumah aku..kuih tunjuk je..tengok-tengok dah siap da..tak payah penat..


sem ni,sem kedua aku..so,aku larikan diri aku untuk buat kuih cara aku..aku memang suka buat kuih tu..kat sini aku nak tunjuk la sikit kuih aku tu,heheh..boleh tak??bukan nak promo taw..just saje2 je..

yang ni dah siap punya..aku punya biasa je..sebab last minit punya buat..emm,ok la...
sampai sini je lah aku merepek...
assalamualaikum..