25 May 2016

AFTER A FEW YEARS

Assalamualaikumm semua umat Islam and hi to everybody..

rasa dah lama sungguh tak jenguk blog ni..banyak yang rasa perlu di buang and tak perlu maintain dalam ini untuk dijadikan isu and isi..kira-kira dua tahun jugak saya menyepi..banyak faktor yang mengundang buat jiwa jadi lebih matang...mungkin???

sepanjang blog ni bersarang, saya nak cerita sikit lah yang sekarang ni saya dah sambung degree ..tak sangka masa tu pejam celik je dah degree..last post saya, saya cakap pasal result saya yang dean list..seronok tak terkata sampai senyap terus dari menulis..lagi pun, tahu dah yang tak ada sapa nak baca mak nenek ni membebel..actually, saya dah habis diploma in 2014 and ada konvokesyen masa bulan 5 2015..

sebenarnya, after finish the exam in 2014.. i started to applied a job or any vacancies include CIMB cuz i major in banking..tapi rezeki saya tak ada pada bank sebab saya dapat tawaran lain as an accountant assistant dekat one of company at Pasar Borong Selayang..sepanjang kerja yang setahun lebih, pelbagai dugaan yang buat saya giveup and jatuh banyak kali..sampai la satu saat saya pun berhenti for the sake of my heart and health..rezeki saya masa kerja kat company tu macam-macam saya dapat include dapat cabutan bertuah handphone..dan rezeki saya jugak sebab masa saya first interview for looking a job and i get it..

sepanjang 2 hingga 3 tahun kira banyak jugak la perkara yang mematang kan diri termasuk lah jatuh bangun diri ini...kalau nak cakap yang sekarang ni saya jauh lebih matang tu mungkin tidak pada semua tapi hanya sesuatu..

tetiba rasa nak sebut pasal MR.MOSHI,kalau nak tahu siapa dia..boleh refer previous post. kira tahun ni, saya dan MR.MOSHI dah lebih 6 tahun tak berjumpa atau berselisih selepas lebih 7 tahun saya ada perasaan pada dia..mungkin kami tak ada jodoh nak berjumpa balik atau saya yang terlalu berharap untuk berjumpa dan berkawan..cuma berkawan..sejujurnya, saya masih sayang, saya masih menghormati dia dan saya sangat suka lihat family bonding MR. MOSHI..saya cuba untuk menjadi lebih santai untuk hadapi perasaan sendiri..inshaa allah boleh..dan saya berdoa agar dia bahagia dan saya harap dia dapat jumpa calon isteri yang sangat faham dan sayang dia..kenapa saya cakap calon isteri ya??sebab kami berdua dah 23 tahun...ramai kawan saya dah kahwin, beranak pinak tapi tak tahu la kawan dia..so, anggap je la umur kami ni valid dah nak kahwin..

CHOP3x...sekarang kan tengah ada isu pasal novel andai itu takdirnya..jadi saya nak akhiri kes cinta saya dengan ayat ini...

andai takdirnya,kita bertemu..
akan ku ukir senyumku buat dirimu..
sebagai hadiah buat diriku padamu..
dan aku..
tidak akan mengejar lagi andai kamu ada insan disisi..

andai pertemuan kita kelak kau mengejar aku,,
walau kedengaran mustahil..
aku akan datang dan tidak menolak...
kerna aku ingin berada di sisi kamu..
untuk mendengar dan berkongsi kebahagian juga derita kamu..

andai pertemuan kita kelak kau tidak menoleh..
aku pasrah dan terima..
kerna aku yakin Allah, sudah tentukan takdir itu..
takdir kita tidak akan pernah mengenali secara realiti..
inshaa allah aku redha demi ujian diberi..

aku berpegang pada kata ini dan kata ini bikin aku untuk sentiasa ikhlas dan redha..
barangkali sesuatu perkara yang kamu suka itu di rasa baik bagi kamu tetapi tidak pada pandangan Allah..
dan juga..
barangkali sesuatu perkara yang kamu benci dan buruk di mata kamu tetapi ia baik pada pandangan Allah..
hanya Allah sahaja mengetahui setiap sesuatu perkara didunia ini untuk hamba nya..


dah habis kes cinta..back to normal,.. baik lah, saya nak tutup lah ucapan saya ni dengan senyuman dan sentiasa berdoa agar hari esok akan jadi lebih indah..AMINNN...

wassalam..

No comments:

Post a Comment