29 September 2011

cuTTTiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

assalamualaikum....
dan selamat sejahtera pada sume2 orang yang ada kar sini...
pada tarikh 24.09 start la cuti sem dan tamat la aku punte sesi pra diploma kat UITM Alor Gajah, Melaka..
paper last kiteorang adalah MAT037...
accuatly,kiteorang punye paper 2 je...2 yang balik awal...
hahahhahahaha
tak senonoh...so dengan senang lenang nya aku cuti 2 bulan la...
aku cuti dari 24.09 smpai 16.11...
lama tak???
hahahahhahahhahahah...
walau apa pun aku tak tahu la aku akan ditempatkan kat mana...
sebab kiteorang ade wat pemohonan...
tapi untuk pra diploma ke diploma...dalam kate lain dalam proses penerapan...
dalam prmohonan aku pilih 3 je...
ye la,sebab 3 je pilihan yang ade...
lgpun,aku bukan tamak bin haloba sangat pun,hahhahahha
aku suka gelak hari ni,hahahhaha
pilihan pertama aku adalah pengurusan bank...
komen:
my uncle says that job so intresting...it worth it for you if you can get it...
dlm hati aku lak...ok2...alhamdulillah...
pilihan kedua lak pengurusan hotel....
yang ni no komen la...tapi ada komen bagi aku...
aku da sebab nape aku pilih...
first aku minat...
second, aku suka jumpa orang...
aku suka wat keje mcm custemor service...
third,aku mampu aku boleh....
hahahahhahaha....
pilihan ketiga aku adalah pengurusan dlm pengangkutan...
ape 2???like mcm shipping...logistik la...
lebih kurg la...
komen:
my uncle says that it's good for you 2..but u must go overseas every year...
and my reaction...ooooowwwhhhh...astagfirullahhh...
like i want...i hope i cant get it...
nampak macam tamak la pulak...
hahahhaha
tak elok tamak..
tamak itu amalan syaitan...ishhh22....
tak mahu la....
sekarang ni....aku tak tahu status aku...ni pun baru sihat dari sakit...nak keje mak aku tak bagi...die tahu anak die tak mampu keje...tapi aku nak ajar budak2 mathh ok x???
cikgu adik aku pun ade offer tapi aku tak bagi jawapan lagi...
bagi aku masa la dulu...
sebenarnya aku berdebar nak tunggu result untuk dip...
tgk point pun mcm tak boleh nak agak la...
tapi apa pun ALLAH bagi ape yang terbaik...
AAMMMIIIINNNN....

08 September 2011

aku dan sesuatu

1. Jika kekasih anda mengkhianati anda, apa reaksi anda akan - Gaduh jap pastu aku akan tinggalkan dia..    2. Jika anda boleh mempunyai mimpi menjadi kenyataan, apa yang akan - Jadi kaya raya, kahwin, dan tunai Haji, Insyallah3. Yang punggung akan anda hendak menendang - Azwan Ali, Amboi Amboi Amboi4. Apa yang akan anda lakukan dengan satu bilion dolar - Beli Manchester United, hohoho5. Adakah anda akan jatuh cinta dengan bestfriend anda - Mungkin?6. Yang lebih diberkati, mencintai seseorang atau dicintai oleh orang - Mencintai seseorang lebih mudah dari dicintai seseorang7. Berapa lama anda bercadang untuk menunggu seseorang yang anda benar-benar suka -? Jika dia betul cintakan aku, aku sebenar menunggunya hingga akhir ayat (ayat mesti power)8. Jika orang yang anda diam-diam seperti yang telah dilampirkan, apa yang anda akan lakukan? Biarkan si dia dengan labu labunya9. Apa anda berdoa setiap hari untuk orang yang tersayang anda? Aku doakan semoga mereka sihat-murah rezeki-dan bahagia selalu.10. Apa yang membawa anda ke bawah terpantas - Apabila sesuatu dihajati tidak kesampaian11. Bagaimana anda akan melihat diri anda dalam masa sepuluh tahun - Sudah berkeluarga, uuuu dan hidup Sederhana12. Apa yang sebenarnya anda mahu pada ketika menjawab soalan-soalan tag ini? Aku cuma mahu update blog, itu sahaja13. Apakah jenis orang yang anda fikir orang yang tagged anda? Ted? Seorang blogger yang online 24 jam14. Ingin kamu tunggal dan kaya atau yang sudah berkahwin tetapi miskin -? Apadaa mestilah single dan kaya15. Apakah perkara pertama yang anda lakukan apabila anda bangun -? Tentulah Buka MATA hehehe, basuh Muka la bai ..16. Apa watak mesti mempunyai pasangan anda - Cun, comel, Manja, Bijak dan Pandai masak?17. Jika anda jatuh cinta dengan dua orang pada masa yang sama, yang anda akan memilih? Dia mesti lulus peperiksaan Fasa kesukaan Mak aku, siapa lulus aku pilih dia, Aci tak?18. Adakah anda memaafkan dan melupakan kesalahan tidak kira bagaimana dahsyat sesuatu yang seseorang itu telah dilakukan?- Aku mudah memaafkan Jika orang itu minta Maaf, apa? Lupakan?, tak semudah itu19. Adakah anda lebih suka tunggal atau mempunyai hubungan - Dah tua Bangka ni, gatal pulak nak ada hubungan, mahu kawen dengan saya?20. Adakah anda meninggalkan keluarga anda di belakang semata-mata untuk mengejar impian anda? Sudah pasti, pengorbanan perlu Jika mahukan Kejayaan

27 August 2011

AdaKah Ini yANg KiTa RasA sEbENarNYa


assalamualaikum..
hari ni aku terbaca satu blog ni,so, aku tergerak untuk share..
aku rasa dari sini kita boleh nilai ape yang ada dalam hati kita..
sory,sebab copy tapi ini cukup membantu..
Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.
Kasih..
Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.
Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.
Sayang..
Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.
Cinta..
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.
Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.
SUMBER : http://alongwairnazz.wordpress.com/