31 December 2011

TAHUN BARU 2012

ASSALAMUALAIKUM,for all muslim...
dah lama aku tak taip blog ni...tapi for the first time in 2012...
this is a first post for 2012...


kenangan aku masa 2011 memang tak boleh nak di lupakan...
aku rasa ramai akan wish for NEW YEAR dan akan sebut pada azam baru....
korang ada azam baru???
kalau ada cakap la...macam bese aku dan tahun sebelumnya tak ada azam...
bukan aku tak ada malamat dalam hidup tapi for me azam hanya satu target...
mesti korang akan siap-siap bina azam baru...
aku lebih prefer kepaDA matlamat jangka panjang dan pendek...
sebab aku ada masa untuk siapkan diri aku untuk itu....


waKtu 2011, ada peristiwa...

suprise untuk birthday MARINI....
dapat masuk UITM...
borak dengan MOSHI even sekejap...
sambut birthday NADHIRAH...
macam-macam la...
tak kisah apa yang berlaku pada yang lepas adalah satu pengajaran untuk hadapan,...


aku harap azam baru korang ni akan wat korang jadi lebih baik...
dapat hidayah ,sape nak kawin tu,TAHNIAH la...
sapa yang nak berjaya terus kan usaha...

ape yang penting jangan lupa diri dan jangan sombong...
kejayaan tak bergolek...
dan allah tak akan ubah nasib manusia,kalau manusia tak nak ubah diri dia...


aku pulak harap,aku akan jadi insan lebih tabah...kental dan kuat...
aku harap iman aku pada ISLAM dan ALLAH akan bertambah...
aku jugak harap aku jadi insan lebih memahami...


sapa-sapa yang ada perangai buruk macam merayau ke???
yang suka berfoya-foya...
yang tak tahu nak jaga hati orang...
yang nak menang tanpa dengar penjelasan...
yang pemalas...
yang tak nak berusaha tapi nakkan sesuatu...
yang suka relax je(macam aku)
yang suka lengah-lengah solat tu...
UBAHLAH SEBAB UNTUK DIRI SENDIRI JUGAK...
WASSALAM




27 November 2011

KiSaH tElAdaN...

Seorang tua sedang menangis di sebuah bangku bersama sebuah cawan untuk disimpannya duit dari simpati warga kota dan kemudiannya didatangi seorang pemuda duduk sebelahnya.

Sufi : Assalammualaikum pak cik (sapaanya diserta senyuman ikhlas )

Pak Man : Waalaikumsalam, Nak bantu pak cik nak (sambil dihulurnya cawan itu ke arah sufi)

Sufi memasukkan wang ke dalam cawan tersebut sambil tersenyum .

Sufi : Pak cik, saya ada belikan pak cik makanan, mari kita makan bersama.

Pak Man : Alhamdullilah, terima kasih nak .

Sufi : Pak cik sudah lamakah pak cik mengemis? Maaf jika soalan ini membuat pak cik terasa, saya hanya bertanya sahaja .

Pak Man : Sudah nak, sudah lama

Sufi : Bagaimana pak cik jadi macam ni??

Pak Man : Ini balasan buat pak cik nak. Pak cik menyesal, dahulu pak cik juara kota, semua orang menghormati pak cik, jalan-jalan di kota ini milik pak cik dahulu. Apabila sebut sahaja nama pak cik, pasti semua akan kecut perut, tapi itu dahulu nak, sekarang tiada siapa yang endah akan pak cik.

Dulu hidup pak cik mewah, tapi sekarang inilah pak cik, kais pagi makan pagi , kais petang makan petang.

Pak cik berdosa nak, pak cik derhaka pada ibu pak cik, pak cik suka memaki hamun dia kalau pak cik tidak dapat apa yang pak cik inginkan, pak cik telah halau ibu pak cik dari rumah kerana pak cik malu ada seorang ibu seperti dia.

Pak cik hina dia, dia merempat, tidur dikaki lima, mengemis seperti pak cik, pak cik anak derhaka nak, anak derhaka inilah balsan buat pak cik. ( si tua itu mengalir air mata kerana terlau sedih mengenangkan kisah silamnya)

Sufi : Sabar pak cik, minum air itu pak cik akan tenang, ibu pak cik masih hidup ke sekarang?

Pak Man : ibu pak cik? dia dah .... dia dah tiada,sudah meninggal, pak cik yang langgar dia.

sufi terpempan apabila mendengar luahan hati Pak Man. Nauzubillah .. tergamaknya Pak Man ini.

Pak Man : Pak cik langgar dia sebab pak cik malu ada ibu mengemis di kaki lima, pak cik rasa terhina, tapi sekarang pak cik menyesal kerana beberapa hari selepas kejadian itu, pak cik terlibat dalam kemalangan, dan menyebabkan kaki pakcik tempang dan perlu menggunakan tongkat untuk bergerak.

Sejak dari hari itu, semua kemewahan, keistimewaan pak cik hilang, orang-orang sisih pak cik, pak cik hilang tempat tinggal, terpaksalah pakcik mengemis dan duduk di kaki lima ini untuk menuruskan hidup.

Pak cik sentiasa berdoa agar nyawa pakcik dicabut kerana pak cik sudah tidak sanggup untuk hidup di muka bumi ini. Tapi pak cik risau, adakah TUHAN akan menerima pak cik yang hina ini?

Sufi : Usah bimbang pak cik, masih ada masa untuk kita kembali kelandasan kita , pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita selagi kita masih hidup , ALLAH itu maha pengampun, sentiasalah kita berdoa kepadanya untuk dihapuskan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan dahulu .

Kesimpulannya,

Jasa Seorang Ibu Tidak Terkira, Sayangilah Ibu Sementara Mereka Masih Bernafas Di Dunia Ini. Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu. Dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu, doakan kesejahteraan ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.

Sekiranya kita masih punyai ibu dalam menjalani hidup ini, hargailah ibu, jaga hati ibu dan hadiahkanlah keperibadian yang baik untuk ibu, agar ibu puas dengan apa yang ibu korbankan, agar ibu bangga kerana punyai anak soleh/solehah yang akan mendoakan ibu di akhirat kelak.

14 November 2011

JaLaN-JaLaN

assalamualaikum....

ape khabar????moga-moga sihat lah hari ni...semalamaku pegi pusat zakat untuk memohon bantuan berbentuk biasiswa dan aku rasa memang ramai yang mohon...aku tahu permohonan baitulmal ni cukup terkenal kat Malaysia dan ramai umat islam yang tidak berkemampuan turut memohon...
.but every permohonan ade terms and condition die..betul tak???
dan sekarang aku baru tahu if kita nak pegi sana kita harus memakai pakaian yang menutup aurat..wajib pakai tudung...wait3....bukan ke kita wajib pakai tudung walau dimana-mana pun ke????
ish2....aku ni blur la,benda macam tu pun aku tak tahu lagi...

selepas selesai segala urusan aku pegi chow kit..kawasan die kat belakang tu je pun...tak jauh pun...aku pegi dengan kawan mak aku...serius aku tak pernah pegi chow kit.....
sebenarnyabila aku jejak je aku rasa aku pegi satu tempat yang bukan aku punya tempat...my mean is Malaysia...mybe i'm still in Malaysia but aku rasa separuh or lebih adalah luar negara yakni peniaga dia adalah bukan warganegara malaysia...sebab aku tak nampak sangat peniaga melayu...
masa kat sana gakaku nampak kekasaran sikap manusia sesama manusia...mybe budaya mengatakan 'maaf'' tak berapa nak ada sebab tadi ramai gila yang langgar aku but no one say anything like sorry..bukan aku nak kritik...but just my point of view from that side..suasana memang biasa la sesak...entah kenapa aku rasa sedih dengan cara mereka untuk meneruskan hidup..aku rasa begitu besar cara mereka untuk teruskan hidup...dieorang tak kisah nak kerja ape...janji halal dan dapat duit...penat, kotor atau ape pun bukan masalah lagi...mereka kerja pun untuk masa depan keluarga mereka sendiri...aku tak nafikan kerajaan malaysia memang  banyak membantu kerajaan indonesia dengan memberi peluang pekerjaan...bukan setakat kerja je die bagi tempat tinggal kot...dengan duit malaysia jauh lagi besar dari mata wang indonesia...itu sudah mampu memberi hasil yang lumayan...


banyak betul aku membebel....aku tak tahu nak merepek pape lagi...hahahhaha....
cukup suda lah....

assalamualaikummm