13 February 2012

OuR SouLMate

assalamualaikum...
kita bertemu lagi pada masa yang tak bape sama dalam waktu bape jam saja...
sebenarnya,aku tergerak nak cakap pasal our soulmate...
kira macam jodoh la...


jodoh kita telah ditentukan oleh Allah dan memang tercatat...
so,siapa dan dimana kita jumpa dia..kita sendiri takkan sedar...
dan semua orang pasti akan jumpa kecuali siapa yang tak de effort langsung nak cari jodoh or memang ternyata tak ade tu...memang tak ade la...

aku cakap ni pun,based dari lagu aisheteru ni,haaaaaaa...
so,aku pun tergerak dengan kata-kat soulmate???

aku rasa penat la pulak...smbung esok la...xde mood dengan mengejut...


ok,aku sambung...hari ni selasa...
pasal soulmate kita...soulmate ni memang satu perkara yang cukup sensetig bagi sumeorang termasuk aku...
aku selalu bayangkan macam mana lah aku jumpa soulmate aku...
dan secara tiba-tiba petang tadi aku dapat rasakan jumpa cinta pertama yang selalu komik tulis...

statment dapat rasakan jumpa cinta pertama ialah bila aku rasa macam komik-komik tulis..
mata bertentangan mata dan...macam-macam la...

tapi konsep petang tadi yang aku kena tu lain sikit je...tak lari jauh pun...

Dunia yang kecik...

assalamualaikum...
ape khabar???sihat??dah makan???aku baru je makan nasi kerabu best giler dan macam bese la menu die...tak nak daging...lebihkan sayur dan sambal...harga yang berbaloi dengan 3 inggit ade syur la macam bese, ikan goreng kcik(dah ade bersyukur la) dengan lada solok...
berbaloi-baloi la..kenyang sangat...berbalik pada topik aku hari ni...

dunia yang kecik,memang la dunia yakni bumi yang kecik...cuba tengok ni...
kecik tak???..sebenarnya memang kecik kalau kita pandang dari pluto la...bahkan tak kelihatan langsung bila jaraknya dari berjuta kilometer...cuma kita je yang kat bumi ni rasa besar...

ok la,sebenarnya aku nak cakap pasal kawan aku yang kat uitm lendu,kampus alor gajah ni...
aku tak sangka lak kalau aku lari aku ke Melaka mencari ketenangan kesibukan bandar KL tu..aku akan jumpa kawan aku kan...and suprisingly, ble ramai gler budak yang aku kenal ade kat sini...
tapi malang tak malang bila aku kenal die tak kenal aku....(sapalah nak kenal dengan aku :p)
hakikatnya,aku tak kisah pun...
tapi tak semualah kawan aku tu sombong belaka ada yang ramah la gak...
yang tak tahan tu, bila kawan aku merungut nak balik kl...bese lah orang yang hidup sume ade dengan yang tak ade macam aku,memang la lain jadinya...
kadang-kadang bila aku terjumpa kawan aku yang sombong ni..aku jadi meluat la pulak..terfikir sekejap yang napa lah sombong sangat..kita sama je la...
aku pun,teringin nak tahu kabar kawan aku dok mana??
tapi bila aku tanya kawan aku kat sini..die boleh cakap yang hensem kawan aku je..
wehhh,hensem tak hensem bukan di mata ko..hensem di mata ko,tapi tak bagi aku..
kebetulan kawan yang aku ada kat sini terlebih cantik dan hensem...ko nak suruh aku wat ape???
salah ke nak tanya melalui ko tentang kawan aku yang tak berapa nak mesra alam tu...
aduhaiiii...sorryyy,aku agak emo bila ko kata aku nak tanya kabar orang yang hensem je...
dalam kamus aku,tak de yang lain sume sama...beza kita adalah amalan dan iman je..


jujur dari hati,ni post pertama yang aku hantar mengenai sikap kawan aku..
so,memang maaflah..kalau ko baca ni..aku harap ko tak terasa dan jangan ko tarik muka lak dalam kelas...
aku sekeh ko,kalau ko tarik muka...huhuhu...

sampai disini,coretan hari ni...sekiannnn...
wassalam

11 February 2012

erti Sebuah Pengorbanan

assalamualaikum....
apa khabar???sihat tak???sejak akhir2 ni rajin betul aku nak taip post and send kan???tak pe la itu hak masing-masing...

post kali ni aku nak cakap pasal erti sebuah pengorbanan...
tak kisah lah pengorbanan dari ibu bapa,kekasih or diri kita sendiri...
nabi sendiri pun da banyak sangat pengorbanan...

aku selalu terfikir bila setiap kali orang melakukan satu pengorbanan pasti ada satu lagi pengorbanan akan berlaku,tak kisah la sama ada menyakitkan atau menggembirakan...
pengorbanan bagi diri aku adalah mengorbankan sesuatu yang kita sayang or perasaan demi orang lain segalanya demi menjaga hati orang lain...dan lebih baik kita melakukan dengan niat yang baik dan tak manislah kalau kita gadaikan sesuatu demi mengharapkan sesuatu..kita kene lah redha jugak ape yang kita korbankan...

mula-mula aku nak cakap pasal pengorbanan ibu bapa kita..ibu bapa kita dah banyak berkorban dari untuk membina kita sehingga di usia sekarang...segalanya memerlukan kekentalan emosi untuk mendidik,membesarkan dan membuatkan kita bahagia...oleh sebab itu, allah sendiri menyuruh kita untuk mentaati ibu bapa kita...hargailah walau macam mana jahat pun ibu bapa kita...dalam stiap pengorbanan yang kita lakukan terselit ujian untuk hati kita sama ada ikhlas atau tidak menempuh dugaan ini...

second, pengorbanan dari seorang kekasih..kekasih tak beerti pakwe kita or orang yang kita cinta tetapi suami atau isteri kita...pun boleh dikira sebagai kekasihh...tipu lah,tiada pengorbanan kita lakukan untuk kekasih kita..bagi kekasih yang tidak halal ini, ingatlah yang tak salah untuk berkorban tapi jangan sampai maruah tergadai..jika tiada jodoh antara masing-masing jangan lah mengadaikan apa yang ada demi meragut die kembali..tak manis untuk orang lain pandang..if kita sayang sangat kat die or kekasih tak halal kita...kita kenalah biarkan dia hidup bahagia..takkan die perlu sengsara untuk melihat kita bahagia..memang macam tak adil..tapi hakikat tetap hakikat...bagi kekasih yang halal,pengorbanan dan cabaran hidup untuk membina sebuah rumah tangga sememangnya hebat..tapi ingat lah yang die hak halal kita..berkorbanlah seandainya mampu bahagiakan die..tak salah jika kita yang berkerjaya berkorban untuk menjaga nak kat rumah semua...memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang isteri..

pengorbanan diri kita sendiri...apa salahnya kalau diri kita berkorban demi mendapatkan apa yang kita nak tak salah..dan tak salah kita relakan saja pengorbanan kita sekiranya hal yang kita bakal lakukan akan melukan hati kita...jujur lah,setiap pengorbanan tidak ada yang tidak menyakitkan..semua pasti ada...

aku sendiri pun,berkorban perasaan sakit hati demi teruskan pelajaran aku, tahan hadapi laptop rosak walaupun hanya allah je tahu betapa terluka dan terhiris hati aku...dan teruskan hidup tanpa rasa yang hampir kosong kerana cinta yang tak bebunyi..aku akan tersenyum melihat orang lain atau die bahagia...dan aku rela menahan sakit jika itu je mampu wat diee bahagia...aku takkan pernah mintak balasan itu je sebab pasti akan ada bahagia walapun dengan orang yang kita sendiri or aku nak...

itulah erti sebuah pengorbanan bagi aku, dan jujur aku tak setuju statement yang kata pengorbanan akan harus di balas dengan pengorbanan yang sama besar dilakukan...

sampai disini lah post aku,sekiannn...
wassalam...