25 May 2016

AFTER A FEW YEARS

Assalamualaikumm semua umat Islam and hi to everybody..

rasa dah lama sungguh tak jenguk blog ni..banyak yang rasa perlu di buang and tak perlu maintain dalam ini untuk dijadikan isu and isi..kira-kira dua tahun jugak saya menyepi..banyak faktor yang mengundang buat jiwa jadi lebih matang...mungkin???

sepanjang blog ni bersarang, saya nak cerita sikit lah yang sekarang ni saya dah sambung degree ..tak sangka masa tu pejam celik je dah degree..last post saya, saya cakap pasal result saya yang dean list..seronok tak terkata sampai senyap terus dari menulis..lagi pun, tahu dah yang tak ada sapa nak baca mak nenek ni membebel..actually, saya dah habis diploma in 2014 and ada konvokesyen masa bulan 5 2015..

sebenarnya, after finish the exam in 2014.. i started to applied a job or any vacancies include CIMB cuz i major in banking..tapi rezeki saya tak ada pada bank sebab saya dapat tawaran lain as an accountant assistant dekat one of company at Pasar Borong Selayang..sepanjang kerja yang setahun lebih, pelbagai dugaan yang buat saya giveup and jatuh banyak kali..sampai la satu saat saya pun berhenti for the sake of my heart and health..rezeki saya masa kerja kat company tu macam-macam saya dapat include dapat cabutan bertuah handphone..dan rezeki saya jugak sebab masa saya first interview for looking a job and i get it..

sepanjang 2 hingga 3 tahun kira banyak jugak la perkara yang mematang kan diri termasuk lah jatuh bangun diri ini...kalau nak cakap yang sekarang ni saya jauh lebih matang tu mungkin tidak pada semua tapi hanya sesuatu..

tetiba rasa nak sebut pasal MR.MOSHI,kalau nak tahu siapa dia..boleh refer previous post. kira tahun ni, saya dan MR.MOSHI dah lebih 6 tahun tak berjumpa atau berselisih selepas lebih 7 tahun saya ada perasaan pada dia..mungkin kami tak ada jodoh nak berjumpa balik atau saya yang terlalu berharap untuk berjumpa dan berkawan..cuma berkawan..sejujurnya, saya masih sayang, saya masih menghormati dia dan saya sangat suka lihat family bonding MR. MOSHI..saya cuba untuk menjadi lebih santai untuk hadapi perasaan sendiri..inshaa allah boleh..dan saya berdoa agar dia bahagia dan saya harap dia dapat jumpa calon isteri yang sangat faham dan sayang dia..kenapa saya cakap calon isteri ya??sebab kami berdua dah 23 tahun...ramai kawan saya dah kahwin, beranak pinak tapi tak tahu la kawan dia..so, anggap je la umur kami ni valid dah nak kahwin..

CHOP3x...sekarang kan tengah ada isu pasal novel andai itu takdirnya..jadi saya nak akhiri kes cinta saya dengan ayat ini...

andai takdirnya,kita bertemu..
akan ku ukir senyumku buat dirimu..
sebagai hadiah buat diriku padamu..
dan aku..
tidak akan mengejar lagi andai kamu ada insan disisi..

andai pertemuan kita kelak kau mengejar aku,,
walau kedengaran mustahil..
aku akan datang dan tidak menolak...
kerna aku ingin berada di sisi kamu..
untuk mendengar dan berkongsi kebahagian juga derita kamu..

andai pertemuan kita kelak kau tidak menoleh..
aku pasrah dan terima..
kerna aku yakin Allah, sudah tentukan takdir itu..
takdir kita tidak akan pernah mengenali secara realiti..
inshaa allah aku redha demi ujian diberi..

aku berpegang pada kata ini dan kata ini bikin aku untuk sentiasa ikhlas dan redha..
barangkali sesuatu perkara yang kamu suka itu di rasa baik bagi kamu tetapi tidak pada pandangan Allah..
dan juga..
barangkali sesuatu perkara yang kamu benci dan buruk di mata kamu tetapi ia baik pada pandangan Allah..
hanya Allah sahaja mengetahui setiap sesuatu perkara didunia ini untuk hamba nya..


dah habis kes cinta..back to normal,.. baik lah, saya nak tutup lah ucapan saya ni dengan senyuman dan sentiasa berdoa agar hari esok akan jadi lebih indah..AMINNN...

wassalam..

24 May 2013

end of the part 3

assalamualaikum…
apa khabar kepada semua orang didunia…rasa dah lama sangat-sangat tak post..
untuk sem ni memang agak complicated..dugaan yang tak sangka-sangka jadi..
apa pun semua tu yang akan buat kita matang..untuk part 3 ni, aku berniat untuk membuktikan yang aku mampu dapat DL (dean list)…usaha demi usaha aku harungi, dengan nak melawan perasaan lagi, environment lagi..sem ni buat aku rasa semuanya..
first,rasa give up,malas, bertanggungjawab, rasa diri ni berguna jugak…dan sem ni aku banyak menangis..itu yang orang tak tahu,menangis sebab aku tak tahu macam mana aku nak luahkan betapa sengsara aku..ye la,aku tahu kalau orang dengar apa yang aku rasa akan fikir kecil je..tapi hakikat pada dalamnya,hanya ALLAH je tahu..
mana taknya kalau cerita sedih perih aku luahkan dengan nada yang biasa selamba..macam tak de pape..
aku tak reti nak nangis teresak nangis dengan kesakitan yang aku alami..
kadang2,bila cerita dengan orang..tiba-tiba ubah topik buat aku kecik hati,..tapi aku tak boleh nak tunjuk..dari cite masalah aku jadi aku dengar masalah dia..
aku tak figure kepada sesiapa pun, lagipun,aku tak kisah..respon yang macam tu la wat aku untuk terus berdikari..cari penyelesaian..tak semua cerita orang suka dengar or mendengar dan tak semua cerita yang aku bagi tahu akan tersimpan..aku akui, aku pernah terddengar cerita aku jadi bahan jaja..ada yang komen menusuk, ada yang pasang telinga je..dari cerita tu ada yang makin jauh..dan ya makin ramai jauhkan diri..
semua tu buat aku tahu, tak semua orang tinggi IQ akan tinggi EQ untuk hadapi masalah..sebab kadang-kadang orang yang bijak pandai bila terdengar cerita terus judge or dalam kata lain lebih percaya pada satu pihak..jujur,aku tak menunding kepada sesiapa pun okay..tapi if siapa yang terjumpa blog ni and terbaca post ni..then terasa ke ape ke sorry ye.
dari semua hal ni, buat aku menyendiri..ada bila diperlukan..hilang bila dilupakan..aku tak nak orang mengata aku lagi..
nobody are perfect..
ya itu,memang betul…memang semua tak perfect include me..i’m in one of imperfect person yang kalau orang tak kenal akan cakap gelabah and over..haisshh,dah jadi luahan perasaam la pulak..
so,ni pun dah habis sem..pendek kata exam sudah diharungi.result for this sem..memang aku dapat DL..ya i got it..
so,syukur alhamdulillah..
asssalamualaikum

30 March 2013

terguris

Assalamualaikum..
Apa khabar..emm,dah lama rasanya tak menaip..rindu pulak??rindu ke??
Sekarang ni tengah minggu untuk final so stress,hahahah..jiwa pun kacau..
Baru 5 paper ye tak, belum 7 ke??

Sepanjang final ni, memang jiwa kusut terasa dihentak..resah gelisah memanjang..al maklum la banyak paper nak fikir tapi kenapa saya menaip erk??pi lah study kalau nak DL..DL kononnya..huhuhu..
Start dari hari pertama final tak boleh lekang untuk fikir pasal moshi..arrrghhh,what wrong with you beb??

final ni??final la...sedar la cik aqilah oiii...sengsara sudah..hahahha
ketawa tapi hati sakit..itu yang selalu aku buat..ketawa tapi hati tak kelakar pun..hipokrit semata-mata..kenapa perlu hypo??
first paper terasa nak pengsan teringat dia..kepala terlanggar katil sampai nak benjol..langgar pintu almari..semua ni memang tak masuk akal..
sebenarnya awak rindu dia..itu yang terlintas setakat ni..

sebenarnya,tadi bukak something dan nampak gambar moshi pergi tempat ni..hati rasa ya allah!!!
berkecai ya allah!!!tak tahan rasanya...

ya allah,hamba mu ini mencintainya dan menyayanginya bukan kerana harta,rupa atau apa pun..tapi kerana ingin jadikannya sebagai pasangan hamba ini hingga ke syurga..
tapi ya allah, kenapa dia jejak tempat macam tu..selamatkan dia ya allah..kenapa dia ya allah..dia sorang je yang beragama islam..selama ini hamba tak pernah menyangka ia akan terjadi..sejahat itu kah dia? kerana kawan??
hati hamba ini luluh tak bersambung..
doa hambamu dari jauh,mengharap dia dalam keadaan baik..hamba sedar siapa hamba tapi selamat kan dia..tak sanggup dia begitu...hati ini sudah tak sanggup..tak mampu memandang insan lain selain dia..

16 February 2013

my point of view

assalamualaikum..

apa khabar??harap kamu sihat...
saya dan saya akan cakap pasal apa yang saya rasa dan apa yang saya nampak..based on my perspective...

first pasal fashion..everyone have right to choose their way..what type of fashion they want to choose..but as long as not to over..saya memang tak de hak untuk tegur..tapi saya ada hak untuk bagi pandangan kan..so, this is my view..
tak salah nak kelihatan cantik or glamour..tapi beragak la..jangan sampai nampak sana dan sini...
dear friends, jangan jadi kan badan anda sebagai hamba fashion..saya tak marah awak nak berfashion..tapi apa yang awak pakai rasanya tak bersesuaian..
awak seorang yang bertudung..pliz jaga nama orang yang bertudung..apa guna awak bertudung kalau pakai seluar ketat sampai feet dari atas punggung hingga hujung kaki atau singkat atas buku lali..
dan apa guna kalau pakai baju jarang...if bertudung..saya tak marah pun awak nak pakai macam tu tapi fikir la...lain la awak tu free hair..and one more thing, ade issue tentang pakai tudung sebab nak tuntut ilmu..dan sebab benda baik kan..dari manalah awak semua dapat mazhab tu..cuba cakap pada saya..saya teringin nak tahu dan siapa yang bagi..awak dah mainkan konsep tudung tu tahu..apa salahnya kalau pakai terus tudung..awak buat macam tu seolah-olah tudung tu bahan berkat or mainan..memakai tudung..atau menutup aurat adalah wajib..bak kata ustaz azhar idrus, ibadah sememangnya ada sifat keterpaksaan tapi lama-lama akan timbul ikhlas kerana ia sudah menjadi rutin..(maaf kalau tertookok tambah)
saya tahu saya pun bukan warak dan walaupun saya pun tidak selangkap menutup aurat sebab saya bukan insan yang bertudung labuh dan memakai stokin..saya tahu kaki itu juga aurat...tapi saya cuba untuk menjadi sepeti itu suatu hari nanti,insyaallah..

second,saya nak cakap tentap sesuatu yang sedikit menjadi saya terasa..tentang saya nak cakap yang saya memang insan tak sempurna..saya bukannya pembersih dan saya bukannya insan pengotor..saya tahu kadang-kadang saya lalai untuk kemas barang..tapi janganlah bila saya tinggal sekejap dah jadi issue..saya akan kemas percayalah..lagipun,tak melibatkan berhari-hari pun..jangan attack saya..dan cakap kemaslah..saya tahu dan saya juga manusia..anda mahu bersih..saya juga macam tu..cuma yelah kalau terlali tu..

third, saya seorang yang sangat tak reti untuk berkasih sayang but dont judge me as hati batu taw..saya bukan hati batu..cuma saya malu untuk tunjuk sifat caring..dan ini yang berlaku dari kecik sampai sekarang..saya akan rasa janggal dan malu bila ambil berat or terlalu caring..so, siapa yang sedih-sedih datang pada saya memang saya agak kekok..macam robot..kalau setakat nak bagi nasihat atau kata semangat,selagi saya mampu saya akan lakukannya..

rasanya,macam dah cukup...tajuk pun tak macam isi je ni..tapi apa pun..saya harap tiada hati yang terguris kerana saya..kerana saya memang insan serba kekurangan..
wassalamualaikum..

26 January 2013

PENGAJARAN BALIK RUMAH!!

assalamualaikummm...

apa khabar??/salam rahmat kepada pengungjung yang bertandang ke blog saya...
first, nak cakap pasal selamat menyambut maulidurrasul for all muslim..

now, terus kepada post and tajuk above....
benda ni jadi masa hari rabu lepas...23/01/13 punya cerita..serius sangat syahdu...
first,niat kami memang nak balik..nak balik ni..tapi kami kan budak baik...tak sanggup lah nak skip kelas..padahal satu kelas je ni..masa tengah hari rabu tu cakap kat dieorang yang nak balik ke tak ni??berkali-kali saya tanya..2 orang tu dah serba salah sebab bukan selalu dapat cuti lama-lama kan untuk release kat rumah...jam dah nak pukul 2 ni..kelas pukul 2.30 petang baru nak decide untuk balik..saya pun packing barang sebab habis kelas bel n quiz statisitic nak balik terus..tapi tiket tak beli lagi ni..
bila dalam kelas BEL tu,madam statistic call..die kata buat quiz hari isnin..saya pun setuju je la,memandangkan saya sorang je yang tak ambik quiz lagi..habis kelas terus balik...

saya pergi la AG SENTRAL..harap sangat tiket masa tu ada..cuak jugak ni..then tanya la tiket ada ke tak..boleh pulak tiket semua bantai habis..saya pun,garu-garu kepala da..tak tahu nak buat apa..terus tepon member yang otw lagi kat sana..bila dieorang sampai,dieorang tanya lagi sekali..serius memang tak ada...

kami 3 kepala sepakat untuk pergi MC a.K.a MELAKA CENTRAL..dengan harapan ade lah tiket..jam dah pukul 7 petang or malam..masa tu ada 2 pilihan je UITM or RUMAH??
kalau anda pilih apa..masa tu,kami pilih pergi seremban sebab tiket yang kami beli tu ke seremban pukul 8 malam..kalau sampai seremban pukul berapa pulak kan..fikir-fikir...kami decide lagi sekali ambik teksi la pulak..pakcik tu kata kalau ke seremban RM120 masa tu,ternganga kiteorang..tapi apa boleh buat,..sebab kesian pakcik tu cakap kita pergi tampin..sebab ada train jugak..harga RM70..ok,fine..now..ini masih di melaka taw..tak ke KL lagi..
masa tu macam-macam perasaan..memang nak balik sangat...pukul 8.15 macam tu,kami bertiga sampai..otak dah mamai..perut lapar sangat..tanya la pakcik train kat tampin ada tak train ke kl sentral..die kata train pukul 6.30 pagi tadi...masa tu muka kami memang nak nangis..saya dalam hati,dugaan apa lagi ni..dah istigfar..terlintas jugak..kata yang ni semua nak suruh kami untuk datang kelas jumaat..padah skip kelas kiranya...
disebabkan muka kami memang dah letih..pakcik tu cakap kalau nak train kat sungai gadut..dalam 45 atau 50 minit dari situ..mak oiii..macam mana tu..train pukul 9.30..masa tu,kami ada 1 jam 10 minit je..kami cakap la kalau nak ke sungai gadut berapa pulak..pakcik tu serba salah..sorang dari kami nak balik uitm..hati saya masa tu, aku dah mulakan,aku mesti habiskan..duit dah habis..lagipun,apa budak-budak tu cakap..

so,saya cakap kat dieorang..kalau train ke tempat korang tak ada..tumpang rumah aku..esok balik..ok??tak ada jawapan..tiba-tiba sorang bersuara.."kau nak balik jugak ke??"..saya ulang balik ayat tu,kalau tak ada train ke rumah dieorang..tumpang rumah saya..so, kami cakap kat pakcik tu..sungai gadut..dengan tambang 30 ringgit..tawakal je dalam hati..mak ayah diaorang dah telefon..
dieorang nak cover yang dieorang dah otw tapi tak otw lagi ni.saya dah serba salah..serius panas punggung sangat..buat kerja yang tak masuk akal kan..anak dara malam-malam buta macam ni..
sampai je sungai gadut..lari lintang pukang..naik escalator..harap sangat ada..muka nak nagis tanya abang tu..tiket ke klang ada tak??tiket ke rawang ada tak??tiket ke taman wahyu ada tak??..abang tu cakap ada..kami ni terkejut + tak caya...betul ke ada ni..macam mana nak tukar train..serius ada ni??abang tu sampai pening..dah dapat tiket lari turun bawah amik train bayar RM30 kat pakcik tu..serius rasa relief sangat dapat tiket..amik beg berlari sampai tingakat atas..ambik train..masa tu,saya rasa, ya allah dugaan pa ini semua..petunjuk untuk sesuatu ke.. last-last hari jumaat,member cakap sir buat pop quiz..ya allah,nak nangis..sir marah kami balik ke??entah lah,tak ada jawapan..nak tanya kredit tak ada la pulak..dalam train kami bahagikan duit..
kami dah habis RM100 untuk tambang teksi..tapi bahagi 3 orang..RM12 setiap sorang bas untuk ke MC,ke AG sentral..segala bagai la..RM7 ringgit tiket ke seremban yang tak menjadi tu..

so, pengajaran pada semua orang,,..dan pada saya sendiri..janganlah balik if ada satu kelas sahaja..pergilah...kalau tak ada kelas nak balik..balik la..dugaan sememangnya mematangkan diri kita...




 ini saya sediakan gambar kami masa dalam train..keadaan tak de la relief sangat..tapi boleh la...
assalamualaikum

12 January 2013

Senyum pun jadi SALAH ke??

assalamualaikum...

em,hari ni saya nak cakap pasal sikap orang di mata saya..untuk tahun baru ni, saya akan dgunakan bukan aku lagi..sebab rasa macam agak kurang sopan..baru sedar kan..yelah,umur makin matang so sikap perlu la matang dari sebelumnya,.

sikap manusia kat dunia ni memang macam-macam..kerenah yang pelbagai buat hidup kita warna warni..tapi segalanya akan jadi tak indah bila warna tu campur dengan warna kesakitan.. untuk post kali ni, saya nak cakap pasal apa yang berlaku pada diri saya, bukan untuk mengumpat mengejek atau apa-apa..hanya minta sedikit kesedaran dan buka mata.. 
apa yang kita lakukan apabila kita menemui seseorang..bila kita jumpa dengan orang kita kenal mesti beri salam atau say hai or paling kurang pun senyuman..
apa yang berlaku di mata saya ialah berbeza..saya berjumpa dengan makcik kat pasaraya dan dia sapa saya..so, respon yang saya boleh bagi ialah senym je lah..sebab pada masa tu,makcik itu sendiri yang menyapa tapi saya tak berapa kenal..sepanjang itu saya senyum sahaja sampai la makcik tu tanya pada saya tentang mak dan abah..saya pun jawab pada makcik tu apa yang patut, entah kenapa anak makcik itu mungkin..dia marah pulak..
nak tahu marah kenapa? sebab saya sentiasa senyum..saya tak tahu mana silap senyuman saya tu..takkan saya nak bermasam muka bila berjumpa orang..lagi-lagi orang tua dari saya..agak-agak la kan..lelaki itu tanya, "kenapa kau senyum-senyum,ha?". saya hanya diam kan diri.. yela, terkejut bila disergah sebegitu rupa..
nasib baik,sebelum saya jawab makcik tu dah marah lelaki tu dulu, makcik tu pun cakap lah salah ke dia nak senyum..apa masalah kau..
sekejap je masalah datang, gara saya senyum je dah wat anak beranak jadi haru.. saya pun nak jawab jadi keroh keadaan pulak nanti..lagi bahaya dah la dekat gaint..orang ramai pulak tu..

ok, dah tutup cerita tu.. based on that story, what will u do??if u are in that place..everyone could be do same as me or fight back with that guy..have two different way that u can do...
kalau jadi saya, saya akan diamkan je..

senyuman itu satu sedekah, banyak faedah dari senyuman tu,tapi kenapa gara senyuman ikhlas jadi salah erti kan...kes-kes yang lain pulak, saya bukan nak marah cuma ye la, kes ni tak perlu siapa nak mulakan..bila kita jumpa seseorang senyumlah,itu la yang paling malas kalau nak tegur orang..
jangan jadi sombong..tak kemana sombong tu boleh bawa awak semua..
kalau jumpa orang please la jangan wat muka macam aku tak pernah kenal kau langsung..or tarik muka macam you are not suit with me..ooo,huhuhu..awak..awakk..hilangkanlah perangai tu..kita ni hidup bukan lama..gara awak buat macam tu, awak akan boleh buat hati orang lain terluka..berdosa hukumnya kalau menyakiti hati orang lain..

last pesanan: senyuman itu pengubat bagi kemarahan orang lain..jangan fikir bila orang senyum,orang tu suka kita..kadang-kadang orang senyum sebab menahan kesakitan hati..

assalamualaikum

04 January 2013

mengarut

assaalamualaikum....
apa khabar..harap semua sihat-sihat belaka...

dah lama tak menaip kat blog ni..masa memang dah tak ada sekarang ni..lagipun,aku dah tak de benda yang nak di mengarutkan lagi..pasal cinta untuk site blog ni pun aku dah stop kan..cukupp lah..
itu zaman masa aku fall in love with that guy,akmal faiz..kalau ikutkan,memang aku suka cakap pasal cinta dan buat ayat cinta..tapi aku sedar yang aku dah banyak buang masa..menghayalkan benda yang tak pasti dan mustahil..sebab bila kita nak luahkan ayat mesti membayangkan sesuatu..
oleh sebab, aku memang dah surrender dan memang nak lupa dia untuk slow-slow tak apalah kan..tak lah worst sangat..sebab bila kita mendesak,itu yang wat kita give up nak lupa dia..makin kita paksa makin dia degil..so slow motion la..

for this post tak ada pun nak kata pape..sebab sekarang dah pukul 6 pagi..aku terjaga pukul 4.30 ...so tak tahu nak wat apa..hehehe

17 December 2012

perasaan

assalamualaikum...

apa khabar??hope sihat saja...

kali ni, aku nak straight to the point..ini pasal feeling..perasaan aku..arrghhh,aku rungsing dengan apa yang aku rasa sendiri..
ya...mybe aku yang cari masalah atau masalah yang datang sendiri pada aku yang boleh dikatakan sebagai ujian...

sebenarnya,ini tentang apa yang jadi pada aku sejak akhir-akhir ni..ia memang perlu diluahkan...sebab mybe takut jadi lebih teruk...

dua minggu ni,hari isnin mesti aku jumpa MR.R..nampak macam biasa je...tapi bagi aku,aku rasa ada yang tak kena...bila jumpa dia..aku rasa nak lari..
masa kat pasar hari tu, aku sanggup rempuh kawan dia semata-mata tak nak jumpa dia..why??apa yang tak kena pada kau qila..aku rempuh sebab aku baru kena suntik hari tu..sebab suntikan tu masih sakit aku tahankan je bila rempuh kawan dia..tapi biasalah isu rempuh bila kat pasar..normal la,macam tak pernah rempuh orang kat pasar even kat hypermarket mesti pernah..betul tak??
second, baru jadi tadi..aku nak print kat lab..aku sanggup pusing tawaf satu lab sebab tak nak bertembung dengan dia..aku sampai nak naikkan suara suruh kawan aku cepat naik tangga..tapi kenapa??aku macam serba salah...apa yang aku dah buat salah pada dia..lepas terserempak,..aku terus delete no dia..aku rasa macam tak penting je no dia...

mybe aku terasa sebab dia tak tegur aku lepas aku tegur dia..mungkin la itu sebab dia..or ada benda yang tak pasti dalam hati aku...
lega rasanya,bila dah terluah..cuma aku harap perasaan ni takkan jadi lebih mengarut..
dan aku harap dia cepat la keluar or habis kat melaka ni..tak sanggup nak jumpa dia...

rasa dah cukup kot apa yang aku nak kongsi..terima kasih,sudi membaca..
assalamualaikum

04 December 2012

KELAS MANDARIN

ASSALAMUALAIKUM
 
apa khabar??
sekarang ni, aku tengah lalui kelas minggu pertama..so,macam2 pengalaman aku jumpa dan aku rasa..
for this year, i'm taking 7 subject..that is:
 
BEL- bahasa inggeris..
CTU- pendidikan islam..tapi more to islamic economy la..
QMT- statistic
FIN-finance
BMD- b.mandarin la..
ECO- macro economic..last part amik micro so sekarang macro la pulak..
 
ok, done for the list..tapi , macam 1 je yang tak cukup kan..yang tu aku saja tinggalkan..itu kokurikolum..aku amik bomba, so, this sem ni kira last la nak amik koku tu...
 
emm, bertepatan dengan tajuk kat atas tu...
 
KELAS MANDARIN..
 
setiap minggu kami ada 2 kelas..so, for this week aku jumpa sekali je sebab kaki dia terkehel..
so, hari ni..baru aku jumpa dia...
kami panggil dia laoshi means teacher..
macam-macam belajar and it so happy...
dia suruh introduce kat depan...memang nervous tu tak payah la cite kan...memang tak boleh buat apa la kan..
 
dia suruh cakap benda ni...
 wo jiao aqilah..wo xihuan shangwang..wo zhi zhu jilangpo..
yang tak boleh blah yang last sekali.. wo hen piaoliang..malu siot..cantik ke aku??
 
maksud dia..
nama saya aqilah..saya suka online..saya tinggal di kuala lumpur..
yang last tu.. saya sangat cantik..itu yang buat aku gelak,heheheh...
 
then dia bagi buku mandarin..
ni dia..
 
so sudah la,cakap-cakap or taip-taip ni..
jumpa lagi..
assalamualaikum..

02 December 2012

Mintak Ruang Sikit!!

assalamualaikum..
apa khabar??dah lama rasanya tak menaip kat blog ni..
kusam sudah blog aku ni...

masa ni cepat je berlalu kan..sedar-sedar je dah penghujung bulan 12 dan sedar-sedar aku dah part 3 kat UITM LENDU ni..masa yang sungguh singkat kan...
cuti sem part 2,aku habiskan masa untuk bekerja saja..sampai tak sedar yang cuti dah habis..dan masuk balik ke melaka ni semula...

bulan ni,bulan 12..tak lama lagi umur aku akan masuk 19 secara solid la..kalau ikut tahun memang tak solid la kan..sebab tak ikut tarikh yang betul..
selepas je aku sambut umur aku yang 19 ni..aku terpaksa pulak nak istiharkan umur aku 20 tahun untuk tahun depan..aku rasa umur 19 tahun yang solid tu cuma 15 hari je..adui2...

tahun ni, tarikh lahir aku jatuh pada hari jumaat so, antara nak atau tak balik je..hati kata ya, aku nak balik..tapi U ni kata apa?? U kata CIK AQILAH HAMID tak boleh balik kalau ada event..aduhai,lemah je dengar..aku yakin, tahun ni aku sambut bfday sorang2..

walaupun family aku sendiri pun, jarang celebrate bfday aku sendiri..tapi aku tetap jugak nak stay dengan dieorang..aku nak cakap kat mak aku..

"UMUR KAKAK DAH 19 TAHUN..APA YANG MAK NAK DARI KAKAK??"

masa tu, mak aku mesti cakap..

"KAKAK BELAJAR LAH RAJIN-RAJIN.. JAGA DIRI ELOK-ELOK"

itu je lah jawapan yang mampu aku agak..lain-lain tu..tak tahu lah pulak..kalau mak kita mintak suruh kahwin la pulak,hehehhe...aduhai,sakit je bila dengar..hihihihi

macam sem yang lain,aku harap sangat sem ni..dapat usaha supaya aku dapat DL mybe..
cakap pasal result..part 2 punya result sama je dgn part 1..naik 0.2 je..
tak apa lah,bersyukur dengan apa ynag ada..betul tak??
apa pun sem ni ramai kata senang..so,aku nak usaha betul2..walaupun, penat..aku tak kisah la...

berkobar-kobar pulak post kali ni...

last word, emm, aku harap sem ni..aku mampu buat yang terbaik..dan aku harap aku mapu teruskan hidup aku..dengan sennyuman macam ni...

assalamualaikumm...

06 November 2012

BUDAK COMEL!!!

ASSALAMULAIKUM,...

apa khabar orang di sana..sihat ke? walau siapa pun dekat sana harap sihat la ye...tidur cukup..jangan jadi macam aku..dah jadi zombi pun ya jugak sebab beberapa hari ni..aku kerja dari pukul 9 pagi hingga 10.30 malam..
bayangkan je la,aku tidur berapa lama..cuba teka..kerja dah la 13 jam lebih kurang..1 hari ada 24 jam.. tolak tambah semua masa untuk tido ada lagi 11 jam..tapi itu bukan tidur pure punya taw..tolak lagi masa aku main game dengan makan.. jadi 2 jam.. so tinggal 8 jam..dalam 8 jam tu mesti aku akan ada masalah untuk tidur punya sebab akan ada gangguan yang biasa macam mesej la..sebab ada seseorang ni suka sangat mesej aku pukul 1 pagi..and telefon aku sampai 10 kali..konon nak testing call la sangat,.nak tahu aku dah tido ke belom..selagi tak angkat selagi tu lah dia kol sampai dia penat...
disebabkan orang yang macam itu lah aku jadi tak cukup tidur...aku sebenarnya, tak nak salahkan dia..tapi iye lah rasa tak selesa bila dia buat macam tu...
nasib bailklah datang kerja mata tak merah..cuma sembab..jadi rasa tak selesa lah pulak tengok muka sendiri..

merewang pulak dia ke tempat lain pulak sampai lupa tajuk untuk post kali ini..post kali ni, aku nak cakap pasal budak comel..ada sorang budak ni sangat comel..aku tak sempat nak ambil gambar dia..tapi dia sangat la comel.. mata bulat kulit putih..gebu..yang dapat aku anggar kan umur budak tu 2 tahun kot...sebab dia duduk pun masih tak stable lagi..ke depan kebelakang..budak tu pakistan kot..sebab mak dia muka ala-ala pakistan je...
sumpah comel sangat..
emm,aku bagi pic yang seakan muka budak tu je lah..boleh jugakkan..walaupun,mata aku sparrow..aku tetap nak show of muka budak tu..ni ha, atas ni..tapi mata baby tu lagi bulat besar,..pastu nampak 2 batang gigi dia yang baru tumbuh..pipi dia naik lagi..haish..comel sangat..

budak tu kan suka sangat usik barang orang..semua barang dia ambik..barang aku macam dompet, bedak, dengan handset...semua dia nak pegang..nak tengok la...aku senyum je kat dia..dia pandang je aku,rasa macam dah jatuh cinta la pulak..lepas aku senyum dekat dia..dia asyik senyum je kat aku..pandang je aku..dia ambik sejadah aku..dia renyukkan..aku gelang-geleng je..bila nak ambil air wudu' dia ikut aku..jengah aku ambil air wudu'.. serius sangat sweet...masa aku nak solat..mak dia dah habis solat..lepastu, mak dia say sorry sebab anak dia kacau aku..mak dia cakap..baby tu memang suka main barang-barang lagi la dompet..sampai mak dia soraok dompet bawak tikar..haishhh, bayang kan je la..
comel-comel nape la buat umi macam tu..
budak-budak memang takkan faham apa yang kita rasa tapi dia boleh dapat rasa apa yang kita rasa walaupun tak faham..haishh,ayat putar belit pulak..mesti korang tak faham kan??tak pe lah...
kalau dapat jumpa budak tu,aku nak dukung dia..teringin sangat..
cukup sampai di sini,aku menaip..sekian..

assalamualaikum..

03 November 2012

Kahwin OHH kahwin

assalamualaikum...
apa khabar?dah lama rasanya tak menaip...
kejang la pulak dah tangan ni kan..al maklum lahh cuti sem..menulis and segala assigment pun bercuti jugak..

hari ni, aku nak cakap pasal kahwin..tahun ni,ramai kawan aku nak kahwin... 3orang budak aku nak kahwin 2 budak nak tunang,ramai kan...
itu yang buat aku nak cerita pasal benda ni dan dalam masa yang sama aku sedar yang aku patut di kategorikan sebagai usia untuk fikir pasal kahwin or relationship yang halal,,..cuma ye lah..jodoh masing-masing bila masa je boleh datang..untuk aku, aku tak jumpa lagi..
aku akui ada peneman ni seronok..boleh bahagiakan kita..boleh dengar masalah kita..
cuma untuk aku bagi komitmen atas bab kawin tu belum sampai lagi la kan...
sebab bagi aku komitmen di atas hubungan sangat penting kalau tak ada habis la..
komitmen la buat kita lebih paham and ada untuk dia ada di masa dia perlu kan..

memang betul orang dulu-dulu buat untuk anak dia..jodohkan mereka dan biarkan mereka bercinta selepas nikah..dari cara tu, kita tak perlu lah hipokrit macam orang couple...
sebab duduk dah sebumbung, tidur pun dah sekatil sebantal..apa lagi..perkongsian yang buat kita dan dia lebih memahami..sifat ingin tahu tu akan buat kita lebih erat..
kalau keadaan rumah kau tonggang langgang macam mana pun korang dah suami isteri..itu je,nak sentuh apa pun dah tak ada siap peduli..
melalut sudah aku ni..tu lah, pasal bab kahwin ni, aku bukan mahir pun..sebab calon and suami pun tak ada lagi..
aku masih tetap menunggu dia..dia yang di situ..3 tahun yang lepas aku dan hati aku masih ada perasaan yang sama..kesal tu,memang ada sebab terjatuh cinta dalam keadaan macam tu..

untuk akmal faiz: saya dah sorok perasaan ni..mungkin sorok sebab saya dah sorok nama awak dengan macam-macam gelaran or kod rahsia..moshi la, ape la..sampai lah ada budak tu panggil saya kak moshi buat saya stop..sebab saya jadi rindu sangat bila dengar perkataan moshi..dari perasaan yang tenang terus tak tentu arah.. saya letakkan awak agar ALLAH sentiasa lindungi awak..sebab awak tak pernah kenal saya..kadang-kadang saya terasa dekat je dengan awk..tapi macam tak mungkin je untuk kita jumpa kan..
ramai nak kahwin akhir-akhir ni..dan andai di takdirkan awak salah sorang darinya saya redha cuma harap awak jadi suami yang baik..saya tahu awak penyabar, memahami dan caring..bimbinglah pasangan awak elok-elok,k..i thing, u know how treat someone special like ur girl...

so,siapa yang dah jadi suami isteri jagalah perasaan masing-masing..bagi yang bakal ni,aku tahu korang ni darah manis..jagalah diri tu ya jangan sampai jadi apa..so take care and wish happy until jannah...

assalamualaikum..

26 October 2012

MARAH SAMPAI MENCARUT???

assalamualaikum..

apa khabar??
first sekali aku nak sangat ucap selamat hari raya aidiladha..especially untuk somebody yang dah balik kampung tu..hati-hati kat kampung..and kalau balik esok mesti sampai lambat sebab jam so, bila jam jangan marah-marah..apa pun hati-hati k..pesanan sebagai seorang yang invisible..

ok..topik untuk post kali ni mengenai marah..setiap orang ada tahap amuk..or tahap meletup marah dia..

 aku nak cakap pasal sikap orang bila dia tengah marah..
orang kata..marah ni akan jadi bila kita tak puas hati or masa tu syaitan duk merasuk dalam otak kata yang kau marah je dia..sebab dia la kau macam ni la..macam tu la..
bila otak dah bercelaru mula lah darah mendidih..keluar ayat yang bukan-bukan

ok la, sekarang ni aku nak persoalkan sesuatu..kenapa bila orang tengah marah dia akan mencarut?apa function dia?boleh redakan marah ke?tak rasa malu ke sebut perkataan macam tu?
contoh yang selalu aku dengar bila orang tengah marah ialah F,P,L,B,S,MF...banyak sangat la..tak boleh senaraikan..lagipun aku geli la nak sebut ayat yang mencarut ni..aku akui aku pun pernah mencarut tapi tahap ayat S je la..itu pun boleh kira dengan jari bila aku sebut..aku pun nak tahu jugak budaya mencarut ni datang dari siapa..

aku rasa kalau orang tu jenis yang tak mencarut atau tak tahu ayat mencarut mesti dia takkan sebut perkataan bukan-bukan or simbol yang bukan-bukan bila dia marah..
bukan nak kata apa. kadang-kadang tu ada yang tua pun mencarut jugak..pernah sekali ada budak saja-saja mencarut..aku sampai nak tutup telinga sebab tak mampu nak tahan da dengan ayat dia..

lagi satu,marah tu tak elok..boleh bawak sakit jantung je..karang sia-sia je hidup..
kalau sakit hati pun, cakap la elok..or marah saja tapi tak payah keluar ayat macam tu..

pernah waktu dulu..aku tanya kawan aku yang boleh tak kalau marah jangan sampai nak mencarut..dia jawab yang mencarut tu cuma penyedap hati je..biar puas..kalau tak mencarut rasa hati tak tenang..
sampai macam tu sekali..
kadang-kadang perempuan pun mencarut..lelaki apatah lagi..
sudah-sudah la mencarut, apa yang korang cakap mencerminkan diri korang..tak ada faedah pun kalau nak mencarut..lagipun,tak dapat apa-apa dengan mencarut...tak dapat duit pun..yang dapat cuma sakit hati or menambahkan sakit kat hati orang yang mendengar..

mesej yang terakhir, mulut ni memang sedap bercakap..tapi azabnya..faham la sendiri...

wassalam

24 October 2012

MENIPU DALAM MEMINTA

assalamualaikum..
apa khabar??selamat menyambut raya haji or raya aidiladha..

untuk post kali ni,aku nak cakap pasal menipu dalam meminta...apa yang aku nak cakap sekarang ni adalah dia meminta barang or bantuan keewangan la senang cerita tapi nak menipu...
aku tahu zaman sekarang ni semua nak duit..sampai nak ke tandas pun nak duit...aku pun tahu pasal tu..
tapi yang tak tahan tu tergamak untuk menipu..apa kes??
adakah kedesakan untuk teruskan hidup...
atau saja nak menambahkan harta yang sedia ada yang banyak..

perkara ni sebenarnya akan buat orang di bawah or tak berharta ni akan bertambah miskin,..dan orang kaya akan bertambah kaya...
semua tu macam dah lumrah hidup..
aku cakap pasal benda ni sebab aku yang kena..tentang apa tu..biar lah rahsia..

tapi pesanan terakhir adalah..
if nak mintak bantuan pliz jangan menipu..kang rasa macam duit tu hilang je..tak cukup-cukup...

wassalam..

23 October 2012

BUAT CERITA SENDIRI..

assalamualaikum...

apa khabar?em,dah lama tak mnaip..rasa rindu pulak dngan blg ni...hhehh

kali ni, aku nak cakap pasal buat crita sendiri...apa maksud tntang buat cerita sendiri er...
apa yang aku maksudkan buat cerita diri sndiri...tak kisah la cerpen ke...
novel ke, mesti macam-macam dugaan yang datang...
salah satu darinya adalah ingatan kita pada masa silam..dan apa yang kita duga untuk masa akan datang..aku tahu ianya tersangat la susah..sebab kadang-kadang sekecil perkara dalam khidupan kita masa lpas mampu buat orang lain ketawa..atau mungkin menangis teresak..
untuk masa akan datang, mesti kita akan ada masalah untuk tntukan apa yang ssuai dan mnarik..
kadang-kadang kita cuba nak buat ending yang menyebelahi kita tapi hakikatnya pada masa akan datang..
tak ada siapa yang akan tahu..
cuma ia hanya apa yang kita harapkan untuk masa hadapan..

untuk aku,aku akan buat benda itu seperti mana yang aku impikan untuk terjadi..bunyi agak kterlaluan tapi hakikatnya,aku mngharap..itu je..uhuk...
kalau apa yang aku rancang pada masa dpan itu btul-btul terjadi..aku tak akan buat apa yang seperti cerita yang aku buat walaupun itu impian aku...atau apa yang aku tringin nak buat..
sebabnya, aku tak tahu apa yang aku buat akan berakhir seperti cerita atau tidak..
so, aku memilih untuk rasa sakit.rasa pahit dan pdih...
aku pun tahu aku tak nak rasa macam tu..tapi itu smua akan jadi cuma tak tahu bila...
sakit,pedih itu adalah dugaan..bahagia dngan orang yang trsayang itu adalah anugerah..
kesakitan hanya smentara..kbahagiaan yang kita rasa skarang bermula dengan derita pada masa dulu..

wassalam

14 October 2012

BERSALAM DENGAN ORANG TERTENTU??

assalamualaikum...
apa khabar??dah lama rasanya tak menaip..dah kelu dah jari jemari kita ni tahu...

so, kita straight to the point la kan..tak de masa la pulek nak berbunga-bunga sakura ke, mawar ke atau ros la..
hari tu,aku balik rumah and aku terdengar sesuatu perkara yang wat aku wahhh macam ni ke???ekh,sampai macam tu sekali??aku sendiri tak terfikir...
jadi dari apa yang aku dengar tu nak la di ketengahkan..bukan nak memerli tapi hanya menegur..
tak salahkan??
dari apa yang aku dengar...seseorang ni kata dia pergi ke surau, kira rumah allah tempat suci bersih.. selepas seseorang ni selesai berjemaah dan ceramah bagai..
so, kira sekarang nak beransur keluar..kira nya,mesti lah bersalam-salaman untuk mengerat silaturrahim..
sesuatu yang mengejut telah berlaku.. nak tahu apa??

mereka ini bersalam dengan orang yang berjambang sahaja..kenapa mereka perlu begitu??kenapa mereka perlu bersalam dengan orang tertentu..kebetulan pada ketika itu seseorang itu tidak berjambang..jadi dirinya tidak di salam dan tak bersalam..itu berdasarkan apa yang aku dengar..

dan baru-baru ini..seseorang ni telah tumbuh jambang..kira ada janggut la ni..dia pun pergi berjemaah solat isyak dan magrib..selesai dari itu..biasalah..mereka bersalaman..
sekali lagi terkejut..dirinya di salam oleh orang surau...dalam fikiran orang itu,ape yang telah terjadi??
kenapa perlu begitu..kenapa perlu memilih dan di pilih??
perlu ke saudara sesama islam menjadi begitu...memang..berjanggut itu sunnah..tapi perlu ke di bawa sehingga ke arah kasta darjat...
selepas dari itu,demi menjaga silaturrahim..kerana seseorang ini adalah orang baru di kawasan itu..kiranya nak mengertkan silaturrahim..terpaksalah berjanggut..
ya allah,harap mereka sedar..apa yang telah mereka lakukan ini telah sampai ke satu perkara yang tidak patut...

sekian wassalam

12 September 2012

TAK TEGUR

assalamualaikum...

ape khabar???suma sihat??hope semua happy la ye..
post kali ni..aku nak cakap pasal tak tegur..
ape yng aku tak tegur sebenarnya...

ini bermula kes ari tu..or lama-lama la..
die adik kepada kawan kepada kawan aku..aku memang kenal dari part 1, itu pun sebab aku tegur dia..
yela,asyik borak kat fb tapi tak jumpa orang kan..itu lah kali pertama dan last aku tegur..
selepas dari hari tu, aku jumpa dia..aku hanya mampu tunduk muka je,..

satu hari,masa tu dekat pasar aku jalan sebelah dia je kot..dia tegur seseorang, masa tu aku ingat aku je la..rupanya budak sebelah aku..arrgghhh,sangat malu..
sejak dari tu, aku tak tegur langsung pun dia..aku takut nak tegur..

dan sejak akhir2 ni aku rajin jumpa dia..aku tak tahu apa aku nak buat..aku takut untuk di label sombong..tapi itulah hakikatnya,aku taknak nampak aku yang syok sangat tegur dia..memandangkan abang dia and kawan aku dah tak berapa nak "FRIEND" sangat..aku jadi bertambah malas..

minggu ni, aku dah 2 kali jumpa die..hari isnin kat kawasan kelas block B..aku salah tingkat kelas..masa tu, aku cari kelas...jalan punya jalan..aku nampak someone keluar dari toilet..aku rabun tak la nampak sangat..lama-lama aku nampak la bayang muka dia..aku terkejut..sebab dia ke arah aku..jadi solutionnya adalah pandang jam..aku pandang jam lama-lama sampai die masuk kelas dia..aku tak tahu kenapa..aku boleh jadi macam tu..masa tu dia pakai baju kelabu..aku ada gak jalan-jalan jeling kelas dia..tapi aku tak berani nak pandang muka dia..sebab kawan die yang dah pandang aku dulu..

tadi,hari rabu..aku keluar dari surau,..aku tak assume langsung pun itu dia..sebab aku pandang and nampak kawan dia je..aku terus membuta diri aku dengan betulkan jela tali kasut..
entah kenapa masa macam lambat sangat nak berlalu, aku dah habis repair kasut pun dia tak lalu depan aku lagi.masa dia lalu tu la,aku baru perasan itu die..ya allah, aku rasa macam apa tak kena dengan aku sebenarnya..napa aku rasa macam tak nak tegur orang..aku bukan sombong??

malu ke aku ni??

masalahnya bukan dia je..tapi orang lain pun terlibat..
cuma tak ketara..mybe masalah dia laki kot..buat aku malas nak amik port..
pape pun, aku harap aku tak jumpa dia lagi sebab.. aku tak tahu nak buat reaksi apa depan die lagi..
kalau die dah lupakan aku tak pe..tapi kalau die ingat dan anggap aku sombong macam mana??

dahh laa..makin fikir makin penat aku..
pape pun, 
assalamulaikum

09 September 2012

HAKIKAT KESUNYIAN

assalamualaikum...

ape khabar??terasa macam dah lama je, aku tak taip blog ni..
untuk kali ni, aku nak bawak ke dalam hati aku..
hakikat yang aku rasa selama ni dan aku biarkan je..

dulu, aku jumpa dia dan terus cintakan dia untuk kali pertama dalam hidup aku..
jumpa seminggu sekali..itu lah dating aku untuk waktu itu..hanya di pusat tusyen KASTURI...
tapi itu semua dah berlalu...aku terus bawak perasaan aku..berharap supaya perasaan itu akan terus tetap di hati aku..sebab bukan mudah untuk aku jatuh cinta sebegini rupa..

sunyi??ape itu sunyi??
dulu, masa aku pra- diploma..kawan aku cakap sendiri kata kat aku..
"QILA, KAU SEBENARNYA SUNYI!!TERIMALAH!!!"
aku mapu senyum dan pergi..akhirnya aku menangis sendiri..aku masih ada ALLAH disisi aku..
kerana dia, bila aku rindu aku akan ingat pada dia..supaya jaga dia..
sehinggalah sekarang..dia sentiasa ada dalam doa aku..

sampai sekarang aku tak boleh terima hakikat yang aku sunyi..bukan senang untuk kita dalam keadaan perasaan syok sendiri..untuk terima,yang kau takkan jumpa dia lagi..
sehinggalah suatu perkara yang berlaku pada keluarga aku pada saat ini..
kesempitan hidup..konflik..tekanan yang kalau diri sendiri tak matang..boleh jadi gila..
masa ni lah, aku mencari apa yang aku biasa cari..ALLAH..
berharap agar ini akan reda..
tapi aku juga manusia..
aku juga nak luahkan pada sesama manusia..aku perlukan kekuatan yang memegang aku..
masa ni, kenangan lama..cinta lama..cinta pandang pertama aku..

aku berharap, kalau la dia ada di sisi aku..
kalau la dia jadi kawan aku..kalau lah dia boleh ada disisi aku..hanya untuk saat ini...
melihat dia senyum dia cukup untuk aku..hanya senyuman di depan ku..hanya untuk aku...
bagi aku semangat untuk ujian ini..orang semua tengok aku happy dan dengar aku cakap..
"TAK APA, AKU OK JE"
"AKU DAH REDHA KAN, RELAX LA"
"AKU SABAR JE, MYBE SEMUA NI AKAN BERAKHIR"

tapi hakikat dalam hati aku, bila orang buat macam tu adalah 1..
"TERLUKA"
bila dah sakit, aku akan cari seseorang untuk luahkan..tapi siapa yang nak dengar..
jadi, hanya menatap gambar dia je..itu je, yang buat aku sabar dan tenang..

senyuman dia yang mampu buat aku tenang..tapi bila tengok kawan dia yang ada di sekeliling aku..buat aku rasa untuk patut ke aku biarkan semua ni..biarkan ia dalam hati..aku tahu, 1 hari nanti pasti akan terbongkar..samapai bila untuk aku simpan..dan sampai bila untuk aku terus berpura-pura..
kata yang,
"AKU TAK KENAL DIA, AKU JUMPA GAMBAR NI..AKU RASA COMEL, AKU AMBIK LAH"
OR
"AKU RASA RINDU WEHH, AKU TAK MAMPU JUMPA DIA LAGI,TAK SALAHKAN KALAU AKU AMIK 1 GAMBAR DIA.. DAN TENGOK FB DIA BEBERAPA KALI SEMINGGU UNTUK TAHU KEADAAN DIA(jawapan untuk kawan aku)"

nampak sangat terdesak,,huhhh..
 tak ape lah,.aishhh, aku ni..
tengok,dah layan perasaan dahhh..aku ni..macam dah lari topik je..ialah lagu jiwang dengan post jiwang..
satu je yang aku mampu kata...
ok2...aku nak stop dari layan perasaan macam ni..macam aku ni tak cukup iman la pulak...
assalamualaikum...

24 August 2012

Selamat HARI Raya

assalamualaikum..

ape khabar??
di sempena hari raya ni..aku nak wishh..selamat hari raya..
semua orang mesti sibuk sangat nak beraya...bagi yang raya sakan tu beringat lah pada orang lain ye..jangan lupa..dan sesekali lupa..
mesti baju raya macam-macam warna..
ade merah, biru, hijau la..bagai-bagai ada..

bagi family aku,tahun ni..warna kelabu je..biasanya tiap-tiap tahun biru..so tahun ni tukar taste..
bagi yang menikmati terus kan..bagi yang tak macam aku or tak feeling apa-apa..teruskan wat tak tahu je pasal raya tahun ni..

tahun ni or setiap tahun yang ada perkataan raya mesti kampung aku akan buat marhaban..tahun ni,aku pergi  belah belakang kampung aku sampai ke tengah je..yang belah tengah ke depan tu aku malas..
nampak tak betapa aku tak rai raya tahun ni...bagi kampung lain yang berketurunan jawa..mesti ada marahaban or dieorang panggil bara'an..cuma ramai tak ramai je..
kalau nak tahu..1 kampung tu, semua sedara aku..cuma 2 0r 3 je yang bukan..ramai tak...heheeh..walaupun, 1 kampung tu semua sedara aku..kiteorang just beraya rumah dieorang melalui marhaban je...tak personal ke rumah tu sebab banyak rumah..penat wooo...

apa-apa pun..korang nikmati la raya korang selagi termampu,k..
assalamualaikum

07 August 2012

RAMADHAN aku...

ASSALAMUALAIKUM...
ape khabar??harap sumua orang sihat dan masih berpuasa sampai hari ni..bagi yang ABC..nikmatilah cuti anda tapi jangan lupa lak bayar erk???jangan wat lupa lak..

sepanjang aku hidup 19 tahun,aku rasa 19 kali hidup di bulan ramadhan...masa aku kecik dulu dan sekarang..aku ingat lagi..masa first sekali aku puasa,masa tu umur aku 8 tahun kot..aku rasa penat sangat.waktu tu dah petang..aku balik lah rumah..aku tak tahu napa aku pegi ketuk pintu tapi tak de orang..lama-lama aku fikir..baru aku ingat mak aku hilang..ayah aku pun tak de kat rumah..aku pegi menangis sampai kat jiran sebelah..aku pegi rumah jiran sebelah..aku cakap mak tinggalkan aku..aku ingat lagi ayat yang aku cakap kat jiran aku..

'cik liza,mak kita tinggalkan kita..mak kita taknak kita..mana mak kita???mak tak sayang kita??"

aku tal tahu kenapa ayat tu boleh kuar..mybe sebab aku dapat adik baru..nama dia azam..aku rasa tersisih kot..ye lah,aku sorang je perempuan dalam family aku..
makcik jiran aku pun,nak bagi aku tak menangis..die bawak aku ronda-ronda jalan kawasan perumahan aku..lepas jalan-jalan aku tak ingat ape aku buat tiba-tiba aku sampai kat rumah makcik yang jual maruku..rupanya mak aku kat situ..aku pegi peluk mak aku..dengan tangisan..melalak bagai..itulah peristiwa yang aku paling tak boleh lupa untuk ramadhan pertama aku..

lama-lama tu aku pun ok la..puasa..ade sekali tu aku puasa..gara-gara tak tahan aku pegi minum air paip..sebab terlalu haus sangat..
lepastu,peristiwa masa aku darjah 4..aku main dengan adik aku..ala,dalam pukul 4 macam tu..masa tu,tak silap aku..aku ternampak budak laki jiran sebelah..aku rasa sangat la takot..budak jiran sebelah tu budak kelas aku...gara-gara aku berlari..muka aku terkne tepi pintu..mulut aku pun berdarah..aku menangis melalak semua..mak aku cakap dah pegi makan sana..sakit-sakit tu mak aku bagi aku makan nasi dengan telur kicap..nikmat taww...

makin lama,ramadhan aku menjadi lebih tabah..takde la bukak puasa ni lagi..or curi minum or makan..
tapi,sebelum aku masuk U,aku selalu buat kuih cara..bukan kuih raya..sebab rumah aku..kuih tunjuk je..tengok-tengok dah siap da..tak payah penat..


sem ni,sem kedua aku..so,aku larikan diri aku untuk buat kuih cara aku..aku memang suka buat kuih tu..kat sini aku nak tunjuk la sikit kuih aku tu,heheh..boleh tak??bukan nak promo taw..just saje2 je..

yang ni dah siap punya..aku punya biasa je..sebab last minit punya buat..emm,ok la...
sampai sini je lah aku merepek...
assalamualaikum..